Sunday, June 26, 2011

353 pelajar terima biasiswa Petronas


JUNIWATI (kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar yang menerima biasiswa PESP di Tronoh semalam.


TRONOH – Seramai 353 pelajar cemerlang dari seluruh negara ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Juniwati Rahmat Hussin berkata, daripada jumlah itu, seramai 128 pelajar ditawarkan biasiswa untuk mengikuti program di luar negara manakala 225 orang bakal menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini.

Katanya, sebanyak RM170 juta telah diperuntukkan bagi membiayai keperluan pelajaran pelajar terbabit sehingga mereka menamatkan pengajian.

“Sejak dilaksanakan 36 tahun lepas, PESP telah memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 pelajar.

“Sehingga kini Petronas memperuntukkan lebih RM2.5 bilion bagi tujuan itu,” katanya selepas menyerahkan sijil penghargaan kepada pelajar tersebut di Kompleks Canselor UTP di sini semalam.

Turut hadir, Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim

Juniwati berkata, pemilihan pelajar dibuat berdasarkan merit dan mereka perlu melalui proses pemilihan yang ketat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: