Sunday, June 26, 2011

Manfaatkan pameran NAPEI


NAIMAH (tengah) bersama barisan jawatankuasa penganjur semasa merasmikan


KUALA LUMPUR – Golongan pelajar malah mereka yang sudah bekerja diseru memanfaatkan penganjuran pameran pendidikan anjuran Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) di Mid Valley di sini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Naimah Mohamed Khalil berkata, pameran bersepadu itu membolehkan pengunjung merancang masa depan mereka dengan lebih baik dengan meningkatkan tahap pendidikan mahupun kemahiran masing-masing.

“Pelajar sekolah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan golongan pekerja boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan yang menyertai pameran ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: