Pasaran pengiklanan mudah alih Malaysia berkembang 17 peratus kepada 245 juta capaian pengiklanan bulanan dari Januari ke April tahun ini.
InMobi, rangkaian pengiklanan mudah alih berkata, telefon pintar yang kini mewakili dua daripada setiap lima iklan dalam pasaran, berkembang 28 peratus dalam tempoh sama.
Hasil kajian itu diperoleh daripada Laporan Tinjauan Mudah Alih April 2011 InMobi iaitu Pasaran Malaysia.
Pengarah Urusan InMobi Asia Pasifik, Atul Satija berkata, jumlah capaian mudah alih di Malaysia menunjukkan capaian peranti mudah alih boleh menawarkan jenama tempatan dan antarabangsa dalam pasaran mudah alih.
“Berdasarkan peningkatan besar berterusan itu, Malaysia mampu menjadi pasaran pertumbuhan utama untuk memancu bajet pengiklanan lebih besar dan kesedaran lebih baik terhadap manfaat media berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, Nokia kekal sebagai pengeluar utama di Malaysia dengan menguasai capaian 37.9 peratus manakala diikuti HTC pada suku pertama, meningkatkan penguasaan sebanyak 5.6 mata.
Apple iPhone kekal, peranti paling popular di Malaysia dengan penguasaan 8.2 peratus capaian, katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: