
Biarpun ditawarkan dengan harga mahal, barangan tidak bermusim ini mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Di negara kita beberapa kedai emas dan berlian dilihat bersaing secara sihat dengan menampilkan koleksi tertentu sesuai dengan cita rasa masyarakat timur.
Barisan kedai emas seperti Habib Jewels, Poh Kong, Tomei, Wah Chan adalah syarikat pengeluar dan pemasar barangan kemas terkenal di negara ini. Habib Jewels pula muncul sebagai kedai emas paling terkenal dan diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera. Habib bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi semua lapisan masyarakat dahulu dan kini.
Sejarah perniagaan
Habib Jewels bermula dengan nama M A Habib Mohamed, diasaskan pada 1958 oleh Habib Mohamed di Pitt Street Pulau Pinang kerana minat mendalam tentang jual beli barangan kemas dan perhiasan. Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, beliau tidak mempunyai ‘role model’ untuk dicontohi dalam perniagaan berlian pada ketika itu tetapi tekad menjaga hati pelanggan yang dianggap sebagai aset penting dalam perniagaan.
Dedikasi dan motivasi tinggi untuk menghasilkan corak dan produk berkualiti akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat berlian. Bermula di Pulau Pinang, perniagaan itu mula mengatur strategi dengan melihat Kuala Lumpur sebagai destinasi pengembangan baru.
Hasrat itu disempurnakan apabila pada Januari 1986 cawangan pertama pertama di Kuala Lumpur dibuka di Semua House, Jalan Masjid India. Pembukaan cawangan itu telah memberi lembaran baru dalam era pengembangan dan kini berjaya berkembang di The Spring di Kuching, 1Borneo di Kota Kinabalu, Sabah dan Suria Sabah di Sabah.
Bertukar pucuk pimpinan
Era kegemilangan Habib Jewels seterusnya diteruskan oleh Datuk Meer Sadik. Beliau adalah anak lelaki kepada pengasas Habib Jewels yang kini bertindak sebagai Pengarah Urusan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: