Portal hartanah, iProperty.com memperkenalkan aplikasi Android pertama di Asia Tenggara yang memberi kemudahan kepada pelabur dan pembeli hartanah meninjau carian hartanah melalui telefon pintar.
Ketua Pegawai Informasi Kumpulan iProperty.com, Andy Kelk berkata, sejak diperkenalkan secara tidak rasmi bulan lalu, portal iProperty.com menerima 3,500 muat turun untuk aplikasi Android.
Menurutnya, ciri terdapat pada aplikasi Android tersebut adalah kandungan sokongan Sistem Kedudukan Globalnya (GPS) membolehkan pengguna melayari pasaran hartanah berdekatan dengan lokasi mereka melalui Google Maps.
“Pengguna boleh melihat sendiri keputusan carian yang terdapat dalam senarai ataupun peta dan menggunakan arahan diberikan untuk ke laman sebenar hartanah.
“Selain itu, aplikasi Android ini juga membolehkan pengguna melihat dengan lebih jelas gambar hartanah yang diletakkan pada resolusi tinggi,” katanya semasa pelancaran aplikasi Android untuk portal iProperty.com di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, aplikasi tersebut juga memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari lebih 255,500 pilihan hartanah untuk dijual atau disewa tanpa sebarang masalah, di mana-mana dan pada bila-bila masa; kesemuanya di hujung jari.
Pada majlis yang sama, iProperty.com Malaysia turut mengumumkan kerja�samanya dengan Grey Direct and Interactive Sdn Bhd dalam memperkenalkan inovasi Realiti Tambahan 3D.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: