Monday, June 27, 2011

Palapes UUM sedia bantu mangsa bencana


MOHAMED Mustafa Ishak memeriksa perbarisan sempena Upacara Perbarisan Serah Tugas Komandan Palapes UUM di padang kawad universiti itu, baru-baru ini.


PASUKAN Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia untuk membantu mangsa bencana alam seperti gempa bumi, ribut, banjir dan kerja-kerja kemasyarakatan baik di dalam atau di luar negara.

Komandannya, Kolonel (K) Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM akan memberi sokongan termasuk bantuan kewangan jika perlu kepada mangsa yang terlibat dengan bencana.

Namun, katanya, ahli Palapes perlu melengkapkan diri dengan keupayaan dalam latihan kerana membantu mangsa seperti gempa bumi, ribut, banjir dan lain-lain lagi memerlukan kecekapan.

"Oleh itu, saya berharap ketiga-tiga cabang dalam Palapes ini iaitu darat, laut dan udara akan meningkatkan kecemerlangan mereka sebagai persediaan untuk membantu kerja-kerja bencana alam itu nanti," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Upacara Perbarisan Serah Tugas Komandan Palapes di UUM yang kelapan di padang kawad universiti itu baru-baru ini.

Dr. Mohamed berkata, beliau mahu meletakkan diri pasukan ini sebagai pasukan terbaik antara Palapes yang sedia ada.

Pada majlis itu, Dr Mohamed menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan terdiri daripada 192 pegawai kadet darat, laut dan udara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: