Sunday, June 19, 2011

Ziana & Heliza kongsi cerita mengenai ayah

Sambutan Hari Bapa sememangnya tidak semeriah sambutan hari ibu. Namun selebriti tempatan tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan dan jasa seorang ayah.

Penyanyang dan penyabar
- Ziana Zain

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain tidak pernah lupa menyambut hari bahagia ini. Baginya, pengorbanan ayahnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Bagi ibu kepada empat cahaya mata ini, ayahnya merupakan teman paling akrab buatnya.

“Abah adalah lelaki penyayang dan penyabar. Dia adalah lelaki paling sempurna dalam dunia.

“Dia merupakan seorang pendengar setia di samping menjadi tulang belakang kepada kerjaya seni saya. Dia juga lelaki paling sempurna dalam dunia. Bukan sahaja boleh memasak malah boleh menjahit dan boleh solekkan anak-anak,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun kini sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri, Ziana dan ayahnya tetap rapat seperti dulu. Ziana juga sentiasa mengingati pesanan ayahnya untuk terus menjadi anak, isteri dan ibu terbaik kepada keluarga kerana keluarga adalah segala-galanya.


Ayah selalu beri motivasi - Heliza

Bagi Heliza pula, memiliki seorang ayah yang pandai mengambil hati anak-anaknya membuatkan Heliza berasa begitu bertuah.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa yang sangat penyayang. Kalau orang lain kata ayah mereka garang tapi saya tidak.

“Ayah seorang pakar motivasi buat saya. Sejak kami berjauhan kerana saya menyambung pengajian di Sabah, ayah akan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya.

“Saya tak dapat nak letakan dalam satu ukuran dan perkataan. Ayah adalah lelaki yang teristimewa,” katanya.

Menurutnya, ayahnya seorang yang akan berfikir panjang akan masa depan anak-anaknya.

“Saya terlalu sayangkan ayah. Dia merupakan lelaki paling hebat dan terbaik di dunia,” kata Heliza.

Malah, dia turut menyatakan ayahnya merupakan pemberi semangat untuknya terus berjaya sebagai seorang penggiat seni.

“Ayah sering memberi motivasi kepada saya dan adik beradik. Dia selalu berpesan supaya sering mengutamakan agama walau apa cara sekalipun,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: