|
|
AKTRES yang semakin meningkat naik, Mila Kunis disambar untuk sesi fotografi muka depan beberapa majalah terkenal. Terbaru, Mila menjadi penghias muka depan majalah L.A Confidential’s untuk keluaran tahun ini.
Pelakon yang digosipkan hangat bercinta dengan Justin Timberlake itu kelihatan jelita dengan mengenakan persalinan Yves Saint Laurent dan Giambattista Valli.
Apabila ditanya tentang filem lakonannya, Black Swan dan Friends With Benefits, Mila memberitahu, ia merupakan filem yang sempurna walaupun terpaksa menjalani rutin pengambaran yang memenatkan iaitu balik rumah pada pukul 4.45 pagi.
“Walaupun memenatkan saya tahu untuk 17 jam yang berikutnya saya boleh ketawa dan bergembira dengan rakan-rakan. Pengarah dan Justin sangat komited dan cerdas. Mereka bekerja sambil berhibur,” katanya.
Ditebak dengan soalan mengenai dirinya digelar sebagai simbol seks, Mila memberitahu, ia sememangnya membanggakan.
“Saya bangga tetapi saya bukan orang yang sesuai. Sophia Loren merupakan pelakon yang sesuai digelar simbol seks,” katanya.
Beralih pula mengenai perjalanan kariernya, Mila bersyukur kerana diterima baik di Hollywood. Katanya: “Saya mula berlakon sejak usia sembilan tahun dan jika anda beritahu pada umur 27 tahun ini saya akan berlakon dan masih diterima, saya mempercayainya.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: