Rich & Healthy Resources, pengeluar makanan tambahan kesihatan semula jadi di bawah jenama Tomato Essence berhasrat mencapai perolehan RM7 juta tahun ini dengan sasaran jualan 100,000 kotak berbanding 35,000 kotak pada tahun lalu.
Pengasas merangkap Pengarahnya, Sohermy Sabri berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu kerana penyelidikannya selama dua tahun menunjukkan tahap kesedaran kesihatan dan trend pengambilan makanan tambahan semakin meningkat, terutama wanita.
Menurutnya, potensi bagi produk kesihatan dijangka akan terus kukuh kerana hanya membabitkan perbelanjaan modal yang rendah dan juga mendapat sokongan kerajaan yang menggalakkan dari penyertaan usahawan muda memainkan peranan dalam pengeluaran produk bioteknologi.
Setakat ini, produk Rich & Healthy Resources diedarkan menerusi rangkaian 350 pengedar sah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Makanan tambahan Tomato Essence juga telah menembusi pasaran Brunei dan Singapura malah beliau berhasrat menembusi pasaran Indonesia pada tahun ini.
Selain itu, Sohermy yakin dapat mencapai pertumbuhan tahunan sekurang-kurangnya 10 peratus.
Menurutnya, Tomato Essence merupakan satu-satunya produk kolagen di negara ini yang menggunakan tomato sebagai ramuan utama dan kolagen ikan kod yang berkualiti tinggi serta terpilih dengan Vitamin C dan kolostrum bovin.
Selain makanan tambahan kolagen yang menjadi produk utamanya, beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit dengan menggunakan ramuan yang sama.
Buat masa sekarang, formulasi dan pengeluaran makanan tambahan kesihatan Rich and Healthy Resources dilaksanakan secara kontrak oleh TPM Biotech di Technology Park Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: