Tuesday, June 28, 2011

Energy XM2 tayar terbaru Michelin

Pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin Malaysia Sdn Bhd meningkatkan penguasaan pasaran dua angka tahun ini seiring dengan pengenalan produk terbarunya, tayar Energy XM2.

Pengarah Urusannya, Yves Pouliquen berkata, pasaran perniagaan Michelin di Malaysia meningkat tiga hingga empat peratus setiap tahun dengan penguasaan pasaran melebihi 10 peratus tahun lalu.

Menurutnya, tayar Energy XM2 yang diperkenalkan itu dijangka memperoleh 50 peratus daripada pasaran tayar gantian kereta penumpang Asia Pasifik menjelang 2015.

“Energy XM2 mempunyai kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk bersaing dalam segmen kereta penumpang kompak, 80 peratus daripada keseluruhan kereta di Malaysia,” katanya semasa pelancaran Michelin Energy XM2 di Petaling Jaya.

Beliau berkata, tayar Energy XM2 tahan 20 peratus lebih lama, penjimatan minyak dan memberikan keselamatan maksimum.

“Michelin melabur RM2.2 bilion (500 juta) setahun untuk penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

Tayar Energy XM2 boleh diperoleh dengan pilihan 22 saiz, iaitu daripada saiz rim 14 inci sehingga 16 inci dengan kelebaran 175 hingga 215.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: