Sunday, June 26, 2011

Lipstik untuk bibir seksi


Jurusolek antarabangsa Dior memberi tumpuan solekan mata dan bibir.


RAMAI yang menggambarkan bibir yang penuh dan tebal sebagai seksi dan menawan.

Apa pun hakikatnya setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja.

Bibir sering mencerminkan mood anda. Seksi, elegan, gembira, klasik atau manis, semuanya boleh berubah dalam satu sapuan gincu.

Teknologi dalam industri kosmetik hari ini lebih membangun. Banyak produk kecantikan antarabangsa menghasilkan pelbagai inovasi yang melahirkan pelbagai produk kosmetik terbaik kepada wanita.

Bagi mengelakkan kombinasi warna yang keterlaluan, lipstik diganding bersama pembayang mata berwarna cair dan maskara hitam agar anda kelihatan lebih sofistikated dan glamor.

Bibir seksi

Bibir yang tebal dan besar dikatakan lebih menarik daripada bibir nipis dan kecil. Berdasarkan beberapa siri eksperimen, lebih banyak lelaki tertarik kepada wanita yang mempunyai bibir penuh dan besar.

Namun bagi anda yang tidak memiliki bibir sedemikian rupa, jangan risau kerana Kate Moss mempunyai kunci rahsianya.

Memilik bibir yang sederhana dan kecil tidak membuatkan model antarabangsa ini resah.

Menggunakan Dior Addict, Kate Moss mampu menyerlahkan bibir menawan dan menyerlahkan keindahan wajah semula jadinya.

Olesan Dior Addict membuatkan bibir anda kelihatan penuh dan seksi.

Koleksi lipstik kali ini menampilkan tiga stail berbeza berkonsepkan ikon fesyen iaitu Dior Kiss dan Rock n Roll. Kedua-duanya memberikan ekspresi lembut tetapi mempunyai gaya seksi.

Gaya ikon Doll menampilkan koleksi Nude dan Baby Rose dengan kilatan yang berganda, gincu bibir tersebut memperkenalkan kilatan yang berkilau daripada lapisan polimer yang mudah serasi dengan bibir semula jadi.

Berkonsepkan glamor, lipstik Red Carpet dan Fashion Week dengan warna coklat atau merah hati menjadi pilihan untuk lebih seksi dan ceria.

Lipstik pelembap

Bercakap mengenai lipstik, Avon percaya bahawa wanita tidak perlu berkorban untuk memilih antara pelembap dan warna.

Justeru itu, Avon keluar dengan lipstik terbaru, Ultra Moisture Rich Moisture Seduction yang menggabungkan kompleks akua sutera untuk membantu menyimpan pelembap bersama pigmen warna ceria dan mewah.

Menepati gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa sibuk, anda tidak perlu memakai pelembap bibir kerana lipstik ini dilengkapi pelembap dengan SPF 15.

"Cara paling baik agar bibir nampak mongel adalah dengan menggunakan gincu yang berpelembap. Dengan penghidrat tambahan, pigmen hebat dan SPF15 dalam rumusannya, membantu menjadikan bibir kelihatan dan berasa hebat sepanjang hari," jelas jurusolek selebriti Avon, Zulfazli Suhadi.

Koleksi lipstik ini telah dipasarkan sejak 1 Jun lalu dan orang ramai yang inginkan maklumat boleh layari http://www.my.avon.com.

Dalam pada itu, Avon akan menyambut Ulang Tahun Avon ke 125 di semua butik Kecantikan Avon hujung minggu ini. Antara acara menarik termasuklah perundingan kecantikan percuma, sesi analisasi kulit dan solekan, promosi istimewa dan Penampilan selebriti make up artis, Zul Fazli di butik-butik terpilih.

Bagi menambahkan keriangan ulang tahun Avon ke-125, dengan setiap pembelian RM30 ke atas, anda akan mendapat bekas makanan Qaisara yang bernilai RM19.90 secara percuma. Selain itu, haruman eksklusif pereka antarabangsa yang bernilai RM109.00 akan diberi secara percuma dengan setiap pembelian RM125 ke atas yang tertakluk kepada terma and syarat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: