
KUALA LUMPUR – Seramai 70,000 orang mengunjungi Festival Jalanan KL YoUNITY 2011 yang berlangsung di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang di sini semalam.
Festival berkonsep aktiviti jalanan yang julung-julung kali diadakan itu dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Ahmad Shabery, program seumpama itu dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan belia menerusi pelbagai aktiviti lasak dan menarik.
“Peluang yang ada pada hari ini mungkin mereka boleh gunakan untuk meneroka bakat yang tidak mereka sedari,” katanya semasa berucap melancarkan festival itu di sini semalam.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Belia Perpaduan Kuala Lumpur (YoUNITY), Asrul Sani berkata, aktiviti yang diadakan termasuklah papan selaju, grafiti, aksi DJ, dan jualan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: