Sunday, June 26, 2011

Diana Danielle, Aizat jadi ahli panel simposium




KUALA LUMPUR - Dua artis muda tanah air, Aizat Amdan dan Diana Danielle (gambar) bakal menjadi ahli panel pada Simposium Hak Intelek Artis sempena Hari Himpunan Bintang Kosmo!/MyIPO 2011 pada 5 Julai ini.

Menurut Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang, simposium tersebut akan berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton, Jalan Tun Razak di sini.

Menurutnya, ia adalah anjuran bersama Kosmo! dan Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO) yang merupakan unit di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Aizat dan Diana Danielle akan berkongsi pengalaman mereka sebagai artis dan membicarakan isu hak intelek golongan tersebut," katanya di sini semalam.

Menurutnya, simposium yang berlangsung dari pukul 3 hingga 6 petang itu dijangka turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: