Thursday, June 2, 2011

Kisaran ais halus sempurna


Model pengisar baru daripada Electrolux yang boleh menjadi pilihan pengguna.


MENEGUK secawan hidangan minuman ais kisar tentu sekali akan memberi kepuasan dan kelegaan terutamanya tatkala mengharungi cuaca panas terik. Apatah lagi apabila hidangan ais yang dikisar begitu halus memasuki rongga kerongkong sehingga mendinginkan tubuh.

Bagi memudahkan lagi penggemar minuman itu membikin ais kisar kegemaran mereka, syarikat pengeluar rangkaian peralatan elektrik terkemuka Eropah, Electrolux memperkenalkan tiga model pengisar terbaru iaitu Cruzo EBR2001, Cruzo EBR2501 dan Cruzo EBR2601.

Dengan menggunakan pengisar terbaru itu, ia dapat memberi kepuasan kepada pengguna apabila hidangan ais kisar boleh dicampur pelbagai perasa kegemaran sekali gus menambah ikatan kekeluargaan.

Selain daripada itu, produk terbaru yang mempunyai teknologi tinggi tersebut juga amat sesuai digunakan untuk menyediakan minuman bua-buahan segar.

Model EBR 2001 yang didatangkan bersama jag plastik 1.25 liter turut mempunyai motor berkuasa 400 Watt dengan kawalan dua kelajuan dalam memberi hasil terbaik kepada pengguna.

Bagi model EBR2501 dan EBR2601 yang mempunyai kapasiti 1.5 liter pula dilengkapi motor 500 Watt dalam memberi kelajuan optimum bagi menghasilkan tekstur kisaran sempurna dan lembut.

Kesemua model Cruzo itu mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi keselamatan, kemudahan dan prestasi optimum dalam memberi keselesaan kepada pengguna.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi sistem perlindungan keselamatan yang berupaya memastikan penutup jag tidak mengalami kebocoran.

Bagi memastikan jag tidak bergerak semasa digunakan kesemua pengisar itu mempunyai fungsi mengunci agar tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Dalam pada itu, rangkaian pengisar Cruzo berkenaan turut dilengkapi dengan pemotongan elektrik secara automatik jika ia terlalu panas bagi melindungi motor daripada rosak.

Reka bentuk menarik dan kecil menjadikan pengisar mesra pengguna itu mudah disimpan serta dibasuh apabila digunakan.

Ia juga mempunyai bilah keluli yang tahan karat dan mudah ditanggalkan untuk memastikan setiap kisaran menjadi rata.

Kesemua model terbaru itu boleh dibeli pada harga RM120 hingga RM198. Untuk keterangan lanjut mengenai rangkaian Cruzo boleh melayari laman web www.electrolux.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: