Sunday, June 19, 2011

Khai tuduh wartawan reka cerita




BERANI kerana benar tetapi ada orang kecut perut bila berdepan realiti. Itu perkara biasa. Peliknya, ada pula yang menyalahkan pihak lain semata-mata tidak mahu diri sendiri dipersoal atau dipersalahkan.

Itu yang Diva pelik bila Che Kiah mengomel gara-gara jawapan yang diberikan Khai AF.

Ceritanya begini, Che Kiah baru-baru ini mendapat surat jemputan untuk menghadiri satu sidang media di Pulau Pinang membabitkan Khai dan beberapa artis lain yang kononnya mahu memberi penjelasan kenapa mereka keluar daripada syarikat pemasaran berbilang peringkat, AC Konsortium Sdn. Bhd. yang diasaskan pengacara AC Mizal.

Sebelum acara itu berlangsung, Che Kiah naklah dapatkan komen daripada pihak AC Konsortium, maklumlah isu ini membabitkan hal sesama artis di negara ini.

Hendak dijadikan cerita, pihak AC Konsortium kemudian menghubungi Khai untuk bertanyakan sama ada sidang akhbar itu benar-benar akan diadakan seperti yang dimaklumkan pihak wartawan.

Namun, jawapan Khai agak mengejutkan. Khai bukan sahaja menafikan wujudnya sidang media itu bahkan mendakwa wartawan itu sengaja mereka-reka cerita.

Alahai Khai, janganlah bercakap ikut sedap mulut. Wartawan dapat surat jemputanlah.

Kalau pun nak melepaskan daripada kena kejar atau kena marah dengan pihak lain, tak perlulah cari alasan untuk salahkan orang lain pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: