Sunday, June 19, 2011

David Teo mula pilih bulu




DIVA tak larat nak layan cerita-cerita pelik tapi benar. Tapi bila ada yang mengomel, Diva dengarlah juga.

Ini pasal David Teo yang kononnya hanya panggil kerabat media terpilih untuk hadir ke majlis pratonton filem terbarunya. Apa kes David, takkan merajuk dengan Diva kot?

Untuk pengetahuan David, Diva memang akan hadiri jemputan ke program Imam Muda dan Ustazah Pilihan sahaja. Sesuai dengan faktor usia katakan?

Dengar-dengarnya David tidak jemput semua organisasi media untuk pratonton filem 3,2,1 Cinta lakonan Diana Amir, Farid Kamil dan Pierre Andre yang diadakan baru-baru ini.

Ada juga yang kata, mungkin David fikir kalau ramai wartawan yang lebih suka mengkritik atau mencari salah filemnya sahaja, baik mereka tak payah dijemput. Sebelum ini, David okey sahaja, kenapa tiba-tiba jadi begitu?

Keliru Diva dibuatnya. Tapi mengenali seorang David, dia jenis lelaki yang teguh berpegang prinsip. Jika benarlah bagai dikata, memang Diva keliru sebab teringin juga nak tengok Diana Amir beraksi ala-ala Erra Fazira dalam Kuliah Cinta. Tunggu Astro First sajalah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: