Thursday, June 2, 2011

Kate Winslet Bersedia Beraksi Bogel

Kate Winslet

MUNGKIN ada segelintir peminat filem yang sudah melihat aktres Kate Winslet tampil tanpa seurat benang dalam filem legenda Titanic.

Kini giliran pencinta fotografi pula yang akan melihat aktres itu bergambar tanpa pakaian.

Dalam sebuah pameran gambar El Museo del Barrio, Mario Testino telah menawarkan Kate berkasi bogel untuk beraksi dalam satu sesi fotografi.

Menurut Mario, aktres tersebut tidak sukar untuk dipujuk ketika menawarkan khidmat gambar bogel untuknya.

Malah Kate amat mengagumi karya Mario yang dianggap mampu membuatkan seseorang wanita lebih jelita dalam setiap foto yang diambil.

"Tahu tak anda bahawa kekuatan terbesar Mario ialah dia tidak pernah gagal dalam membuatkan seorang wanita itu muncul lebih cantik dalam gambar-gambarnya.

"Jadi bila Mario datang kepada anda dan berkata, gambar ini cantik, tetapi lebih baik kalau ia diambil tanpa seurat benang, bagaimana kita nak menolak bukan? soal Kate kepada Aceshowbiz.

Tambah aktres berusia 35 tahun itu, Mario juga mampu membuatkan model-modelnya hilang rasa malu ketika mengambil gambar bogel mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: