Thursday, June 2, 2011

‘Memang ada sayang’

CANTIK...wanita semanis Nora sudah tentu menjadi dambaan ramai jejaka.
CANTIK...wanita semanis Nora sudah tentu menjadi dambaan ramai jejaka.

SAAT ini ramai yang memperkatakan hubungan cinta pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 29, dengan kerabat berasal dari Terengganu. Sudah tentu kehadirannya pada majlis ramah mesra dengan pelakon drama Ana Lulu di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini menjadi tumpuan.

Sebaik ditanya perkara itu, pelakon comel ini menafikan dirinya kini bercinta sebaliknya mengatakan dia dan lelaki yang dimaksudkan itu masih lagi berkawan dan belum sampai

  • Foto

    SERASI...bekerja dengan Kamal jelas Nora cukup mudah.

  • Foto

    BAPA DAN ANAK...Jejai bersama Putra Rayqal.

ke tahap bercinta. Katanya, apa yang dikatakan Jejai timbul daripada salah faham.

Tegasnya, Jejai hanya bertemu dengan teman lelakinya itu sekali dan dalam tempoh singkat itu, sudah tentu susah untuk dia menilai secara keseluruhan mengenai diri lelaki yang dikatakan rapat dengan dirinya.


“Ingin saya tegaskan, lelaki yang dimaksudkan itu hanyalah lelaki biasa dan seorang ahli perniagaan dan bukanlah berdarah raja. Saya sendiri kalau boleh, mencari jodoh dari kalangan orang biasa. Ibaratnya, lebih sepadan dan serasi. Susahlah kalau cari orang yang berpangkat dan punya kedudukan,” katanya.


Sebenarnya, cerita kekasih Nora ini bermula dari mulut bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai apabila mengatakan Nora kini sudah pun menemui penggantinya. Kenyataan itu dibuat Jejai apabila timbul kontroversi mengatakan Nora cuba mengganggu hubungan cintanya dengan pelakon Fasha Sandha dan mahu kembali kepadanya.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu menegaskan bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Nora selepas mereka berpisah, selain berkawan rapat demi kebaikan anak tunggal mereka. Malah, Nora sudah mempunyai teman lelaki baru.

Jejai pernah diperkenalkan kepada teman lelaki Nora itu dan dalam kenyataan diberikan, bekas �suaminya mengakui buah hati pelakon itu �seorang yang baik dan amat �menyayangi dirinya.

Berita itu dikhabarkan enam bulan lalu dan sekarang Nora juga teman lelaki yang dimaksudkan itu didakwa sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini. Segala persiapan sedang dilaksanakan.

Menjelaskan lebih lanjut, Nora tidak menafikan memang berkawan rapat dengan seorang lelaki juga ahli perniagaan. Malah, usianya dua tahun lebih muda berbanding dirinya.

“Memanglah sayang, tetapi ia belum sampai tahap meyakinkan. Maksud saya, kami masih lagi dalam tempoh berkawan tetapi belum lagi sampai bercinta. Bagaimanapun, saya senang berkawan dengannya. Dia seorang lelaki yang baik seperti mana yang digambarkan Jejai,” katanya.

Nora juga tidak menafikan sewaktu mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini, memang dia berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang baik sebagai jodoh. Namun, tidak pula mengharapkan perkahwinan berlaku dalam masa terdekat.

“Saya sendiri kalau boleh tidak mahu terburu-buru. Pengalaman lalu banyak mengajar. Saya mahu memberikan masa kepada diri saya agar benar-benar mengenali teman rapat saya seorang ini.

“Pada saya, biarlah pilihan dilakukan kali kedua ini benar-benar terbaik. Dalam waktu sama saya juga mahu memberikan tumpuan kepada anak, Putra Rayqal Ramli yang kini sudah berusia dua tahun,” katanya.

Beralih kepada drama bersiri lakonannya, Ana Lulu yang akan mula disiarkan di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam mulai 7 Jun ini, Nora mengakui seronok berlakon dalam produksi diarahkan Pierre Andre.

“Saya pernah berkerja dengan Pierre sebelum ini, tetapi hanya sekejap-sekejap, tetapi untuk Ana Lulu ini tempoh masa kerja lebih panjang, apatah lagi ini kali pertama Pierre diberikan peluang mengarahkan drama bersiri.

“Bayangkan sepanjang 44 hari penggambaran dijalankan, saya rasa seperti baru saja �penggambaran bermula. Masa �berjalan langsung tidak dirasai �kerana keseronokan bekerja,” katanya.

Dalam drama ini, Nora melakonkan watak gadis comel dan manja. Nora digandingkan dengan pelakon semakin mencipta nama, Kamal Adli, digambarkan sebagai bapa tunggal yang cuba mendapat�kan cinta daripadanya.

Nora tidak menafikan, apa yang dilakukan itu tidak banyak berbeza dengan watak dilakonkan dalam Puteri Impian. Walaupun sering membawa watak serupa, Nora mengakui tidak bosan kerana menganggap ini sebagai rezeki. Apa yang penting baginya, penonton dan peminat suka.

“Setakat ini penonton suka saya membawakan watak sebegini. Pada saya, sekiranya mereka terhibur de�ngan apa yang saya persembahkan, itu sudah cukup bagus.

“Cuma sebagai pelakon, saya memang mahu mencuba sesuatu yang berbeza, tetapi peluang itu tidak pernah diperoleh. Pernah saya mendapat tawaran membintangi satu drama menggandingkan pelakon tempatan, Indonesia dan Singapura. Wataknya memang berat, tetapi masa penggambaran pula bercanggah dengan jadual penggambaran drama lain sebelum ini.

“Apapun, saya yakin masih ada peluang untuk mencuba pelbagai watak dan percaya tawaran itu pasti akan datang,” katanya.

Mengenai pengalaman bekerja dengan Kamal Adli, Nora memuji pelakon muda itu cukup profesional dan mudah dibawa berbincang. Malah, keserasian antara mereka lebih mudah kerana pernah bekerja dengannya sebelum ini.

“Kamal pelakon yang serius dan kami selalu mengadakan latihan atau berbincang bagaimana hendak melakonkan babak ke babak Pelakon lain juga tidak kurang bagusnya. Saya cukup seronok sepanjang penggambaran Ana Lulu dilakukan,” katanya.

Selepas selesai membintangi Ana Lulu, Nora sibuk di lokasi drama bersiri Khurafat yang bakal disiarkan untuk saluran Astro.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Nora Mohd Danish Hanif
TARIKH LAHIR : 7 Mac 1982
ASAL: Kajang, Selangor
KERJAYA: Pelakon, Model
DRAMA: Puteri, Misi XXRay, Pendekar Melayu, Agent 016, Bong, Car Wash Girl, Bila Mama Pakai Celana, Tiga Serumah, Sumpah Bunian, Menanti, Arjuna, Salon, Putera Katak.
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Pencarian Harta Karun Yamashita, Jangan Pandang Congkak 2, Cuti-Cuti Cinta, Seru, Hantu Bonceng
Pengacaraan: Bolly 10, i-Glam

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: