KAPAL yang terdampar di Kesennuma akibat dibawa tsunami yang melanda wilayah Miyagi, timur laut Jepun sejak tiga bulan lalu.
Tugas yang sukar dan kos yang tinggi untuk memindahkan kapal terbabit selain sisa peninggalan tsunami itu menjadikan ia terdampar di Kesennuma lebih tiga bulan.
Tetapi, meletakkan semula kapal terbabit kembali beraksi adalah satu tugas penting untuk memulakan industri perikanan Kesennuma selain memulihkan ekonomi serta keyakinan komuniti.
“Ini adalah sebuah bandar perikanan, jadi jika kapal boleh bergerak dan mula menangkap ikan semula, kami harap ia akan memulihkan keadaan di sini,” kata Keiko Onodera, 67.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: