![]() Lia Natalia dan Fir Affandi, dua pelakon muda yang menyokong aktiviti Mastika. Sempena sambutan ulang tahun Majalah No. 1 Malaysia, Mastika yang ke-70 tahun, satu pesta memancing akan diadakan di tasik Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Jun ini. ![]() Danny memang gemar memancing. Fiesta itu juga akan diserikan dengan acara persembahan pentas dengan Roslan Shah selaku pengacara. Antara penyanyi yang bakal mengadakan persembahan ialah Nubhan, Fazli Zainal, Keena Mentor, Ali Empire dan Afie (Utopia). ![]() Keena menghiburkan pemancing Meja urusetia akan dibuka pada pukul 3.00 petang 25 Jun untuk melicinkan pendaftaran. Bakal peserta boleh datang terus ke lokasi pada hari tersebut. Pendaftaran pada hari fiesta juga dibuka sebelum acara bermula. "Kami menasihatkan peserta mendaftar awal pada 25 Jun untuk memudahkan urusan pembahagian t-shirt, pas peserta dan nombor bertuah," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Noor Joha Ahmad. Hadiah lumayan menanti
![]() Gelagat Roslan sebagai pengacara pasti menggamatkan acara. Zulkarnain menambah, mereka sengaja merangka satu acara yang boleh menghimpunkan pembaca dan orang ramai bagi membuat kelainan dan memeriahkan sambutan ulang tahun yang ke-70 tahun. Pihak penganjur juga menyediakan 70 hadiah cabutan bertuah kepada peserta. Sementara itu 500 penyertaan terawal akan menerima t-shirt khas fiesta memancing. Bagi yang berminat boleh membuat pendaftaran sekarang dengan menghubungi talian 019-3522046, 013-2667011, 013-3052811 dan 012-2846811. |
Saturday, June 18, 2011
Artis memancing bersama peminat Mastika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: