Saturday, June 18, 2011

ADCB jual kepentingan dalam RHB Capital

NAJIB dan Tun Sheikh Mohammed menyaksikan majlis pertukaran dokumen  di Putrajaya, semalam.
NAJIB dan Tun Sheikh Mohammed menyaksikan majlis pertukaran dokumen di Putrajaya, semalam.
ABU Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) semalam memeterai perjanjian bagi penjualan 24.9 peratus kepentingannya dalam RHB Capital Bhd kepada Aabar Investments PJS.

Majlis itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Jeneral Tun Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.
Najib berkata, berikutan penjualan itu, Aabar akan menyertai dalam penggabungan RHB Capital sama ada dengan Malayan Banking Bhd (MAYBANK) atau CIMB Group yang membolehkannya memperoleh pegangan saham yang agak ketara dalam sebuah kumpulan perbankan yang besar, mungkin antara yang terbesar di Asia Tenggara.
“Hari ini, kita telah menyaksikan penjualan saham RHB Capital yang dimiliki oleh ADCB kepada Kumpulan Aabar, iaitu penjualan di antara dua badan yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.

“Mereka kata ini satu manifestasi, keyakinan mereka untuk membabitkan diri dalam projek yang bersifat jangka panjang,” katanya di Putrajaya.

Pengerusi Aabar Khadem Al Qubaisi dalam satu kenyataan berkata, Aabar telah mengikuti dengan rapi kemajuan menarik yang dicapai di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang ketuai oleh Najib.

“Kami yakin keuntungan masa depan industri perbankan, dengan mengambil kira sektor perkhidmatan kewangan sebagai satu Bidang Ekonomi Utama Negara.
Pelaburan penting oleh Aabar ini mengesahkan komitmen Abu Dhabi terhadap Malaysia dan akan meningkatkan lagi hubungan kukuh dan positif antara kedua-dua negara,” katanya.

Pengerusi ADCB Eissa Al Suwaidi, berkata ADCB berbangga menyumbang kepada kejayaan RHB sejak pembabitannya dalam kumpulan itu pada Mei 2008.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia bagi sokongan mereka dan ingin mengucapkan tahniah terhadap pengurusan dan lembaga pengarah RHB bagi pencapaian mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: