
KREATIVITI dunia fesyen pada hari ini semakin ketara. Jika sebelum ini kebanyakan individu lebih selesa meniru corak pemakaian dan stail yang digayakan selebriti, tetapi kini trendnya berbeza. Generasi muda khususnya dilihat semakin obses mengadaptasi gaya dan penampilan sama seperti karakter kartun fantasi dan animasi pilihan mereka.
Bagaimanapun, meniru kostum daripada animasi, komik manga ataupun permainan video bukan sesuatu yang asing dalam kalangan generasi muda Jepun.
![]() |
| PENGGAYA kostum ini meminjam imej Cure Blossom yang berperwatakan comel dan riang. |
Populariti pemakaian kostum animasi itu bukan saja boleh disaksikan pada acara atau festival tertentu malah anak-anak muda di sana tanpa segan silu tampil sedemikian pada hari-hari biasa.
Baru-baru ini, sebagai simbol 'kasih sayang' mereka pada budaya tersebut, para peminat animasi, komik dan manga di Tokyo berhimpun beramai-ramai dalam satu pesta yang dinamakan Festival Cure Cosplay. Festival anjuran komuniti Cure itu menyaksikan seramai 60 ahli Cure melakukan pertunjukan fesyen cosplay iaitu memperagakan kostum watak kegemaran masing-masing.
![]() |
| SALAH seorang peserta, Jane Airi menggayakan kostum Dream C Club sempena Festival Cure Cosplay. |
Antaranya, kostum karakter Cure Blossom, seorang gadis berperwatakan ceria dan comel dalam persalinan gaun kembang merah jambu serta putih.
Selain itu, kostum Hajime Saitou dalam permainan video Hakuouki dan Grell Sutcliff watak komik Black Butler turut menjadi pilihan. Lihat saja aksi mereka!


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: