|
Sinonim dengan program-program ilmiah dan kemasyarakatan, TV9 kini tampil lebih segar dengan turut sama meraikan sekaligus mengangkat muzik Malaysia kehadapan dengan menghasilkan satu acara yang pasti menggegarkan pesada seni tempatan iaitu kanival dan konsert rock GIG pada 9 dan 10 Julai ini, bertempat di I-City Shah Alam. Kelihatan sedikit lari dari landasan konsep yang diketengahkan oleh stesen tv ini sejak awal diperkenalkan pada tahun 2006 yang lalu, ia bagaimanapun dinafikan oleh Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin yang ditemui di majlis pelancaran Konsert GIG TV9 bersama Digi di Hard Rock Cafe semalam. "Sebenarnya TV9 bukan sahaja menghidangkan program-program bercorak ilmiah dan keislaman semata-mata, malah kami juga ada menghidangkan beberapa hiburan seperti rancangan kartun setiap jam 5 petang hingga 7 malam. "Dan pada ulang tahun tv9 yang kelima tahun ini, kami mensasarkan tarikan belia dan remaja untuk lebih mendekati mereka. Sebelum ini juga kami sudah muncul dengan program Ekspresi Remaja dan Jam With Us TV9, dan pada 9 dan 10 Julai ini kami akan mengadakan sebuah konsert rock GIG di I-City Shah Alam. "Konsert diadakan pada dua hari berturut-turut dengan tujan memberi peluang pada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir pada salah satu tarikh tersebut. "Kami menjanjikan yang terbaik dan akan membuat beberapa kelainan dalam konsert ini berbanding kebanyakkan konsert Gig yang diadakan sebelum-sebelum ini,"jelasnya. Konsert yang berlangsung dua hari itu akan dimeriahkan oleh kumpulan Indie Rock tempatan seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan &The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol pada 9 Julai dan dihoskan oleh penyampai radio popular, Ikhwan dari jam 5 petang hingga 7 malam. Pada 10 Julai pula, peminat akan dihiburkan oleh Wings, Hujan, Aizat, Bunkface, dan 6ixth Sense serta dikemudikan acara oleh Faizal Hot Fm pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Mereka yang tidak berkesempatan juga boleh merasai kemeriahan konsert ini dengan melayari www.tv9.com.my/gig untuk live streaming. Untuk memeriahkan lagi acara ini, DiGi akan menganjurkan peraduan Konsert GIG - VIP Treatment untuk khas buat pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Dengan hanya melanggan pakej CallerTunes DJ GIG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 di antara 13 hingga 30 Jun ini, dua peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang dan mereka dijanjikan hadiah yang cukup istimewa. Battle of the Indie Band akan diadakan pada 9 Julai dengan menampilkan lapan buah kumpulan Indie yang bakal bertanding bagi merebut tempat untuk meneruskan persembahan mereka pada keesokkan hari, dan juara pertandingan ini akan memenangi wang tunai RM 8,000. Untuk memulakan kehangatan acara GIG ini, TV9 akan mengadakan showcase GIG TV9 di Klang Parade pada 18 Jun 2011 bersama Aizat dan pada 25 Julai di Plaza Alam Sentral, Shah Alam bersama kumpulan Hujan dari jam 3 petang hingga 5 petang. |
Friday, June 17, 2011
GIG TV9 Pikat Peminat Remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: