|
Pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert untuk dirinya sendiri, Aizat Amdan ternyata puas apabila dia berjaya merealisasikan konsert Aizat Amdan Live In Damansara pada 29 Januari lalu. Berpuas hati dengan apa yang berjaya dilakukan atas usaha dirinya dan abangnya, Anas, Aizat tidak mahu cita-citanya itu sekadar boleh di tonton oleh peminatnya yang berada di sekitar semenanjung.
Buktinya, Aizat kini mengatur langkah membuat persiapan untuk beraksi dihadapan ribuan peminat di dua kota iaitu Kuching pada 16 Julai dan di Kota Kinabalu pada 22 Julai akan datang. "Mungkin saya terlewat sedikit daripada apa yang pernah dijanjikan, namun masanya masih lagi sesuai dan saya tetap akan kotakan apa yang pernah saya janjikan. "Di Kuching, konsert akan diadakan di Stadium Tertutup Perpaduan, Petra Jaya pada 16 Julai dan di Kota Kinabalu pula, akan diadakan di Kadazan Dusun Cultural Association, Penampang pada 22 Julai. "Banyak persembahan istimewa sudah dirancang untuk konsert disana nanti, dan saya akan membawa beberapa artis jemputan seperti DJ Fuzz dan Altimet untuk turut bersama saya meriahkan suasana konsert itu nanti,"jelas Aizat. Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM35 (biasa) dan RM55 (VIP). Sebarang pertanyaan lanjut boleh lawati laman www.aizatamdan.com Belajar Walaupun sibuk dengan pelbagai program dan siri jelajah, Aizat masih lagi mahu meneruskan niat untuk menyambung pelajarannya. "Perancangan untuk sambung belajar itu tetap akan berjalan, tetapi institut muzik yang bakal saya masuki itu tidaklah mempunyai peraturan yang kuat, dan saya boleh berulang alik dari tempat pengajian ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya saya di sini. "Lagipun, masa belajar saya begitu fleksibel dan saya harus bijak memberi komitmen antara pelajaran dan kerjaya,"jelasnya. |
Friday, June 17, 2011
Aizat Amdan Jelajah Borneo Julai Ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Lantas, usai konsert lalu, dia berjanji untuk turun mengadakan konsert buat peminat-peminat di Sabah dan Sarawak, dan kini Aizat membuktikan dia bukan sekadar berjanji kosong.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: