Saturday, June 18, 2011

Gaya karpet merah


GAYA glamor (ikut pusingan jam) Ha Ji Won, Park Shin Hye, Nam Gyuri dan Lee Min Jung.


POPULARITI artis Korea memang setanding bintang Hollywood. Penangan ‘Hallyu Wave’ atau gelombang Korea kini tersebar di serata dunia membuatkan cerita tentang artis negara itu sentiasa mahu dicari dan diikuti.

Kecanggihan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter selain blog mempercepatkan penyebaran berita dan maklumat tentang artis kesayangan mereka.

Sungguhpun Super Junior mengadakan konsert bersama artis SM Entertainment lain di Paris baru-baru ini misalnya, para peminat mereka di negara Eropah lain, Amerika Syarikat dan lebih-lebih lagi Asia, turut ‘menyaksikannya’ secara maya. Jika tumpuan peminat Hollywood terarah kepada majlis Anugerah Grammy dan Emmy, para peminat drama Korea dan K-Pop pula menunggu-nunggu Anugerah Baeksang setiap tahun.

Satu, sebagai pengukur pencapaian artis kesayangan mereka dalam industri hiburan.

Kedua, pada majlis seumpama inilah para peminat dapat mengintai kelibat artis kesayangan masing-masing manakala para jurugambar pula berpeluang merakamkan gaya fesyen bintang pujaan itu baik menarik mahupun jelek.

Memandangkan anugerah itu adalah satu daripada majlis penghargaan filem dan televisyen yang berprestij di Korea, ramai yang melaram dengan fesyen pakaian masing-masing.

Gaya mereka itu dapat dilihat pada Anugerah Seni Baeksang ke-47 yang diadakan di Universiti Kyunghee, baru-baru ini.

Memandangkan drama-drama yang dicalonkan tahun ini seperti Sungkyunkwan Scandal, Secret Garden, Giant, Kim Takgu King of Baker dan Dream High - menampilkan artis idola sebagai pemegang watak utama - acara karpet merah menjadi cukup meriah dengan kehadiran bintang-bintang glamor ini.

Antara yang dicalonkan Won Bin, Lee Byung Hun, TOP daripada Big Bang, Park Yoochun daripada JYJ, Park Jin Young, Ok Taecyeon daripada 2PM dan Bae Suzy daripada Miss A.

Calon lain ialah Yoo In Na, Kim Ah Joong, Park Min Young, Ha Ji Won, Han Hyo Joo, Kwon Sang Woo, Daniel Choi, Lee Min Jung dan Hyun Bin - yang malangnya kini berada di kem tentera.

Lihat sahajalah gaya artis Korea ini dan nilaikan adakah mereka benar-benar setanding dengan bintang Hollywood!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: