Tuesday, June 28, 2011

Celcom perkenalkan produk Voice Poke

Celcom Axiata Berhad memperkenalkan ciri mudah alih baru, Voice Poke dengan sasaran penggunaan sekurang-kurangnya sekali sebulan kepada lebih 11 juta pelanggannya seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, ciri baru itu membolehkan pengguna menghantar pelbagai emosi suara seperti gembira, marah, sedih ataupun cinta kepada kenalan.

Menurutnya, pelanggan perlu mendail *8 dikuti dengan nombor telefon kenalan melalui telefon mudah alih.

Sementara itu, Celcom Axiata turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mingguan kedua untuk promosi Hello Money yang menawarkan hadiah tunai RM50,000.

Hello Money merupakan promosi yang dibuka kepada semua pelanggan prabayar Celcom baru dengan 8.7 juta pelanggan sedia ada termasuklah pengguna Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Blue dan Sukses.

Pelanggan prabayar Celcom hanya perlu membuat lima panggilan domestik sehari dan berpeluang memenangi wang tunai yang disediakan.

“Promosi ini merupakan salah satu komitmen Celcom dalam meningkatkan lagi pengalaman kepada pelanggan kami.

“Kami akan terus konsisten dalam memenuhi kepuasan pelanggan dengan menawarkan liputan terluas dan stabil di Wilayah Celcom bersama program-program menarik, tawaran dan ganjaran hebat serta bonus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: