Sunday, June 12, 2011

Didie jadi pengacara serumpun




KECOH dan mulut murai merupakan karakter yang sangat signifikan dengan nama Didie Alias. Bermula dalam bidang peragaan sebelum bergelar aktres filem, kini, wanita berusia 38 tahun itu kini selesa dengan status pengacara serta antara pelawak yang disenangi ramai.

Asam garam Didie sebagai selebriti sudah diketahui ramai. Dia pernah melalui zaman getir akibat perceraian. Hari ini, ibu kepada lima cahaya mata itu bahagia menerusi perkahwinan keduanya bersama Norisham Ismail.

Sebagai orang lama dalam industri, penyandang nama sebenar Fadzilah Mohd. Ali itu masih laris mengisi tawaran ke layar kaca. Sedang muncul dengan siri Ahmad Albob di TV3 tetapi dalam masa yang sama, Didie menyertai segmen Trio Pagi di Sinar FM menggantikan kekosongan sementara Raja Azura yang bercuti selama sebulan.

Baru selesai dengan beberapa judul seperti Sayang Abah, Hantu Susu dan Berselindung Di Sebalik Kaabah, adrenalin Didie memuncak apabila dipilih sebagai pengacara Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung di Singapura 15 Julai nanti. Dia akan berganding bersama pengacara lain dari Singapura dan Indonesia. Itu satu kejutan buatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: