|
|
SEBELUM ini, pelakon filem Harry Potter, Emma Watson pernah menafikan khabar angin yang mendakwa dia meninggalkan universiti akibat dibuli, terbaru Emma tampil dengan pengesahan bahawa perkara itu ada kebenarannya.
Emma yang sebelum ini belajar di Universiti Brown berbuat demikian kerana mendakwa dia berasa diperlekehkan kerana memegang status selebriti.
Emma memberitahu bahawa sepanjang berada di kampus dia tidak pernah diminta untuk menandatangani autograf. Dia juga berkecil hati kerana pernah menghadiri parti bersama seratus orang pelajar tetapi tiada satu pun yang memuat naik gambarnya di Facebook.
“Walaupun sering diperli, saya masih mampu bersabar tetapi apabila ada yang menjerit daripada koridor dan mengejek saya dengan kata-kata menyakitkan hati, saya sedih.
“Mereka pernah kata saya Wingardium Leviosa dan menjerit perkataan ‘sepuluh mata untuk Gryffindor’ ketika menjawab soalan (pensyarah).
“Saya sudah berhubung dengan pihak media sejak berusia sembilan tahun tetapi jika saya tidak mampu berdiri dengan kesulitan yang diberikan oleh beberapa orang sahaja, ia agak menyedihkan,” katanya.
Sebelum ini Emma menjelaskan bahawa dia berhenti daripada universiti itu untuk menyambung pengajiannya di universiti lain yang menawarkan kursus yang diinginkannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: