Saturday, June 25, 2011

Tahniah: Sepah Juara Maharaja Lawak!

Lawak sepah sememangnya tidak pernah mengecewakan



Lawak yang konsisten semenjak program realiti ini diperkenalkan, Sepah sememang layak bergelak juara dalam program realiti popular, Maharaja Lawak.

Sepah yang dianggotai oleh tiga orang anak muda daripada Kulai, Johor ini merupakan salah satu kumpulan 'kegemaran' semenjak episod pertama program ini berlangsung kerana sering memberikan persembahan yang tidak menghampakan, selain sering membawakan komedi-komedi melayu yang begitu bersahaja.

Berjaya membawa hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi, Sepah yang memperoleh 64 peratus undian ini juga berjaya menewaskan tiga peserta lain iaitu Jozan 60 peratus , Nabil (52) dan Jambu (46).

"Kemenangan ini memang tidak dijangka kerana niat utama kami menyertai pertandingan ini pada awalnya hanya untuk mengekalkan nama, Sepah.

"Kami tidak pernah mengharapkan lebih, dan setiap kali pertandingan kami hanya beri yang termampu dan yang terbaik. Segala yang berlaku adalah rezeki daripada tuhan, dan berkat doa kami semua, keluarga dan peminat-peminat diluar sana.

"Tiada sebarang kelebihan daripada kumpulan kami berbanding kumpulan-kumpulan yang lain, cuma mungkin kerana kami bertiga sudah berkawan lama, jadi keserasian itu sememangnya kuat,"ujar Jepp mewaliki Sepah.

Program Maharaja Lawak merupakan program realiti pertama milik Astro Warna, namun ia dikatakan telah menjadi satu program realiti terbaik dan berkualiti dalam tahun ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, kejayaan Maharaja Lawak boleh dibanggakan kerana ia menjadi pilihan ramai semenjak kali pertama ia dipentaskan, dan pihak Astro juga kini sedang berbincang untuk meneruskan program sebegini dimasa hadapan agar jenama Maharaja Lawak ini tidak terus dilupakan.

Komen peserta lain dengan kemenangan Sepah:

Jozan: Bukan kemenangan yang kami cari kerana semua mempunyai peminat masing-masing, tahniah buat Sepah kerana mereka sememangnya kosisten semenjak dari awal lagi.

Nabil: Walaupun mendapat tempat ketiga, tapi saya gembira kerana hadiah saya yang paling mahal. Mendapat masuk final pun sudah membuatkan saya bangga.

Jambu: Pada kami keempat-keempat finalis yang bertanding layak menang pada malam ini, jadi kami tidak kecewa ditangga yang keempat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: