
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjeev Nanavati berkata, Citibank turut berhasrat meningkatkan perolehannya 20 dan 30 peratus tahun ini bagi segmen peruncitan.
Menurutnya, sasaran seterusnya akan disokong oleh pembukaan cawangan perbankan pintar tercanggih pertama di Malaysia dan terbesar di Asia Pasifik.
“Cawangan pintar ini memperkuatkan lagi komitmen untuk meningkatkan perniagaan perbankan runcit di Malaysia.
“Citibank sentiasa berusaha menjadi institusi perbankan paling inovatif dan sentiasa meneroka cara baru bagi memudahkan serta memperbaiki interaksi antara pelanggan dan kakita-ngan,” katanya ketika merasmikan Cawangan Perbankan Pintar, di Kuala Lumpur, semalam.
Dengan keluasan 8,100 meter, cawangan pintar Citibank di Menara Citibank ini akan memberi pengalaman baru kepada pelanggan dengan cara memanfaatkan pendekatan berpaksikan cara pelanggan berinteraksi semasa melakukan proses transaksi dengan bank.
Malah, pelanggan juga boleh menggunakan panel skrin sentuh interaktif untuk mengimbas maklumat, mendapatkan bantuan daripada tenaga profesional Citibank atau menikmati rundingan dengan pakar produk dengan menggunakan kemudahan sidang video.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: