
Pengarah Eksekutif YTL Communication, Yasmin Mahmood berkata, Internet adalah medium pembelajaran terbaik sejajar visi syarikat untuk membina masa depan lebih cerah.
“Kami menerima maklum balas positif dan berbesar hati kerana dapat menyediakan perkhidmatan 4G ini di kampus UKM untuk kemudahan pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Di bawah program EPP ini, 25,000 penuntut di kampus menerima 300MB secara percuma untuk tiga tahun.
Sementara itu, Naib Canselor UKM, Profesor Tan Seri Datuk Wira Dr Sharipah Hapsah Syed Hassan Shahbudin berkata, dengan Yes, pihak-nya berharap penuntut akan bersaing dengan persekitaran sihat.
“Yes mampu memberi akses kepada penuntut dan kakitangan untuk berhubung di mana sahaja.
“Ini secara tidak langsung dapat memastikan UKM kekal sebagai universiti berdaya saing di Malaysia,”katanya.
Dalam pada itu, program EPP direka untuk menyediakan perkhidmatan data bergerak dan suara untuk lebih 400,000 penuntut di seluruh universiti awam dan swasta.
Dengan termeterainya perjanjian ini, UKM sekali gus menyertai universiti lain termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universitu Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Kolej Universiti SEGi (SEGi) sebagai universiti yang menyediakan perkhidmatan penuh 4G.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: