Thursday, June 9, 2011

Celcom, TM jalin usahasama

Celcom Axiata Bhd menandatangani perjanjian perkhidmatan dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi menyediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kepada Celcom.

Perjanjian itu menyediakan Celcom akses kepada premis pengguna akhir diliputi oleh projek HSBB negara, sekali gus menawarkan penyelesaian tetap mudah alih tanpa had, katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan TM dalam menyediakan kehendak pelanggan.

Akses HSBB yang ditawarkan terbuka kepada semua penyedia perkhidmatan yang mempunyai lesen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta ingin menawarkan perkhidmatan dan aplikasi berasaskan protokol Internet (IP) kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: