Tuesday, June 28, 2011

Hari Himpunan Bintang 5 Julai


HARI Himpunan Bintang pada 5 Julai ini bakal membincangkan isu-isu perlindungan harta intelek penggiat seni tanah air. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Lebih 200 artis tempatan bakal menjayakan Hari Himpunan Bintang yang akan berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Jalan Tun Razak di sini pada 5 Julai depan.

Majlis itu yang bertemakan Pertahankan Hak, Perkukuhkan Seni akan bermula pada pukul 3 petang dan akan dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ia dijayakan secara bersama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan akhbar Kosmo!.

Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Mohd. Shahar Osman berkata, majlis yang pertama kali diadakan itu dibuat atas permintaan Ismail Sabri sendiri yang prihatin dan mahu mendengar sendiri masalah artis berkaitan isu-isu hak cipta dan harta intelek.

"Tujuan utama MyIPO bekerjasama dengan Kosmo! adalah untuk mempertingkatkan kesedaran para penggiat seni tanah air tentang kepentingan perlindungan harta intelek terutama dari segi undang-undang hak cipta," katanya di sini semalam.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan penggiat seni berkaitan hak-hak mereka serta ingin memupuk budaya menghormati hak intelek dalam kalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: