![]() |
| |
ATAS permintaan ramai terhadap pembukaan Restoran The Castle, Kampung Baru, kini sebuah lagi cawangan menanti pengunjung di Plaza Berjaya, di tengah-tengah kawasan tumpuan segi tiga emas ibu kota.
Menyediakan suasana berbeza, namun mengekalkan kelazatan masakan Asia Barat asli dengan sentuhan tersendiri.
"Kami yakin dengan pengunjung yang terdiri daripada pelancong pelbagai bangsa di kawasan ini. Konsep cawangan ini berbeza di mana kami mengetengahkan sebuah premis ibarat lounge yang selesa untuk semua," kata pemiliknya, Abdoul Khaleq.
Himpunan hidangan merangkumi pilihan nasi mandi dan beriani berlaukkan ayam atau kambing, juga pilihan grilled seperti ikan, ayam, daging dan kambing. Tidak ketinggalan roti istimewa Arab dan beberapa hidangan kebab, sandwich falafel, madghut kambing, hummus (kacang kuda hancur dengan minyak zaitun dan jus lemon).
Hidangan-hidangan lain yang lazat di restoran tersebut ialah daging moulokhiya (daun moulokhiya yang dihidangkan bersama nasi dan daging kambing), shekh el mashi (terung berinti daging kisar), daging kambing atau ayam oqdah berperisa bawang putih dan digoreng bersama tomato.
Turut menyediakan beberapa pilihan desert Arab istimewa yang manis dan enak, jangan lupa mencuba puding karamel dan tabouleh.
Menurut Khaleq, lebih 100 hidangan terdapat di situ yang dijual pada harga berpatutan bermula dari RM5 hingga RM25 setiap hidangan. Juga bersedia menerima tempahan untuk majlis berskala kecil, pastinya The Castle Plaza berjaya mampu menawan penggemar masakan Asia Barat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: