![]() |
| Putih tetap memberi kelainan dan impak pada si pemakai. |
BAGAIKAN tidak lengkap penampilan tanpa kasut dan beg tangan. Memakai kasut yang cantik dan sesuai dengan kaki memberi kelebihan kepada si pemakai. Manakala beg tangan umpama pelengkap gaya wanita yang menyimpan segala keperluan harian di dalamnya.
Setiap kali membeli aksesori ini, warna menjadi elemen yang paling dititik beratkan.
Pada musim ini, warna perak, emas dan hitam dilihat menjadi pilihan utama. Warna yang popular sepanjang musim ini menjadi keutamaan kerana sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna baju yang dipakai.
Jenama antarabangsa tidak ketinggalan mengetengahkan warna yang sama atas permintaan yang tinggi.
Hitam misalnya lebih fleksibel untuk apa jua acara, sementara perak dan emas kelihatan unggul dan eksklusif.
Alfio Raldo menghargai wanita dan memberi satu gaya dan personaliti yang menarik kepada wanita dengan warna-warna seperti perak, emas dan hitam yang selalu menjadi pujaan penggemar fesyen.
Dalam pada itu, warna-warna simbolik seperti merah dan putih tetap memberi kelainan dan impak pada si pemakai.
Kebanyakan koleksi ini boleh suai padan untuk memberi impak yang paling maksimum dan menjadi perhatian pada setiap acara yang dihadiri.
Gaya seharian
Tampil dengan kualiti terbaik, koleksi ini sesuai untuk ke pejabat, acara rasmi, santai atau dipakai untuk gaya seharian.
Diilhamkan daripada konsep terbang tinggi (fly high), Alfio Raldo akan membawa semua penggemar fesyen koleksi ini untuk menjadi lebih yakin dan bergaya.
Dengan warna-warna segar dan menarik pasti akan membuat semua terpegun dengan gaya mempesona.
Bagi koleksi tahun pertama, ia diinspirasi daripada gaya yang bercita rasa tinggi dan moden. Seiring dengan slogan, 'setiap wanita layak untuk memilikinya', koleksi ini akan membuatkan si pemakai terasa dihargai dan berhak untuk menjadi wanita yang berketerampilan.
Koleksi menawan ini bukan sahaja untuk wanita yang berkerjaya tetapi juga diinspirasi untuk semua golongan wanita.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: