Saturday, June 18, 2011

Bintang HK berebut anak


Setelah berkahwin lima tahun Nicholas dan Cecilia kini berdepan perceraian dan perebutan anak.


HONG KONG – Pelakon Nicholas Tse tidak bersetuju dengan syarat isterinya, Cecilia Cheung yang mahu mengambil anak mereka selepas bercerai nanti kerana dia mahukan hak penjagaan kepada kedua-dua anak mereka.

Pasangan pelakon Hong Kong ini dikurniakan dua anak lelaki, Lucas Tse dan Quintus Tse. Nicholas tidak mahu pasangan adik-beradik itu dipisahkan.

Nicholas baru-baru ini telah memfailkan perceraian dengan Cecilia setelah lima tahun berkahwin. Ia berikutan Cecilia dikatakan berhubung dengan bekas kekasihnya, Edisen Cheng sejak mereka terserempak di dalam kapal terbang baru-baru ini.

Bekas pasangan kekasih ini dilaporkan telah bertemu secara rahsia selepas itu.

Saksi mengatakan terlihat Cecilia memasuki Hotel Four Season di Hong Kong dengan kedua-dua orang anaknya dan kebetulan Edison turut menginap di hotel tersebut.

Dia dikatakan meminta tolong kepada Edison untuk mendapatkannya peranan dalam filem terbaru milik Peter Lam.

Apabila Nicholas mendengar berita ini, dia merasakan hilang harapan dalam perkahwinan mereka lalu mendapatkan peguam untuk memfailkan penceraian.

Khabar angin yang tersebar di dalam Internet turut mengatakan anak sulung mereka, Lucas kemungkinan bukan anak kandung Nicholas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: