![]() |
| |
KALI terakhir, Reese Witherspoon muncul di layar perak adalah menerusi filem Water For Elephants yang turut dibintangi aktor muda kacak, Robert Pattinson dan Christoph Waltz.
Walaupun filem tersebut mendapat pelbagai kritikan, namun bagi peminat setia Reese, mereka cukup menggemari lakonannya dalam filem tersebut.
Tidak mahu duduk diam, pemenang Oscar itu mengkhabarkan akan membintangi sebuah filem baru, Who Invited Her? yang mana pemenang Oscar itu juga akan bertindak sebagai penerbit.
Reese dikatakan tertarik dengan Who Invited Her? selepas penulis novelnya, Sascha Rothchild menceritakan jalan ceritanya lalu Reese mahu mengadaptasinya kepada filem.
Who Invited Her? mengisahkan bagaimana seorang wanita bersama sekumpulan teman lelaki yang singgah dari rumah ke rumah untuk berpesta sepanjang hujung minggu.
Mendengarkan jalan ceritanya sahaja, ada yang berpendapat filem ini merupakan gabungan filem Bridesmaids dan The Hangover.
Sehingga kini, belum ada sebarang perkhabaran tentang pengarah mahupun penulis lakon layarnya memandangkan ia masih di peringkat awal.
Sebelum itu, Reese akan muncul dengan sebuah filem terbaru sekitar penghujung tahun ini yang berjudul This Means War bersama Tom Hardy dan Chris Pine.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: