
Vokalisnya, Datuk David Arumugam teruja untuk membuat persembahan memandangkan itu adalah kali pertama kumpulannya melakukan kolaborasi demikian.
“Sudah tentu kita akan memfokuskan segmen pertama kerana kelainan yang ditampilkan.
“Kita masih belum membuat perancangan mengenai susunan lagu, namun saya pasti persembahan tersebut akan menjadi sesuatu yang unik,” katanya dalam sidang media.
Selain iringan alat muzik tradisional, David akan menyajikan peminat dengan lagu pelbagai bahasa mewakili kaum negara ini.
“Senarai lagu tidak boleh didedahkan sekarang agar ia menjadi kejutan buat peminat, tetapi saya mungkin akan cuba membawakan lagu klasik,” katanya.
Menerusi segmen pertama, kumpulan orkestra mengalunkan muzik tradisional berkonsepkan 1Malaysia.
Manakala, di segmen kedua membawa peminat Alleycats mengenang kembali pengorbanan mendiang Datuk Loga yang menghembuskan nafas terakhir pada 2007.
Lebih istimewa anak mendiang, iaitu Dasha, turut membuat persembahan. “Dasha akan menyanyikan semula lagu hit mendiang seperti Berjuta Batu, Jika Kau Bercinta Lagi, Suratan dan banyak lagi.
“Walaupun mendiang sudah tiada, kita berharap semangatnya akan terus dirasai para peminat yang hadir kelak,” kata abang kepada Loga.
David berkata, segmen terakhir pula peminat akan dihiburkan dengan rangkaian lagu popular Alleycats sepanjang zaman diiringi Orkestra IB.
“Jumlah keseluruhan lagu tidak ditentukan kerana saya akan menyanyi setakat mana yang saya mampu.
“Apa pun, saya mahu peminat bergembira dan menjadikan konsert ini satu kenangan terindah yang tidak akan dilupakan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, berkata konsert dianjurkan memberi penghargaan kepada Alleycats yang meraikan ulang tahun ke-43.
Selain David, Alleycats akan dibarisi ahli terkininya iaitu Mike (keyboard), Boy (dram), Dean (gitar), Jimmy (bass), dan Glen (vokalis).
Komposer terkenal, Eddie Marzuki, diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan konduktor konsert tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: