|
PEMILIK nama Nur Fasha Sandha Hassan ini pastinya boleh tersenyum bangga dengan kejayaannya kini. Biarpun terpaksa menelan pelbagai cemuhan dan kontroversi, namun realitinya tiada siapa yang dapat menyangkal, wanita ini mempunyai profil tinggi dalam bidang seni ini. Mula membabitkan diri dalam dunia perfileman tanah air menerusi filem pertamanya, Black Maria pada tahun 2003, si jelita ini sudah membintangi lebih 20 buah drama dan filem, sekaligus memcipta satu rekod yang sungguh menakjubkan bagi seorang pelakon sepertinya. Tidak kira berapa banyak kontroversi yang menghampirinya, Fasha mengakui dia sangat bersyukur masih diterima peminat dan penggiat seni, lantas kerana itu jugalah dirinya sukar untuk menolak mana-mana tawaran yang datang. Bertemu Fasha Sandha di majlis pelancaran drama terbarunya, Dewa Cinta, dia mengakui terlalu penat berlakon dan merancang untuk berehat sebentar. "Alhamdulillah, berkat usaha dan komitmen yang tinggi terhadap lakonan, saya masih boleh diterima dan masih ditawarkan dengan pelbagai drama dan filem. "Secara jujurnya saya memang sangat penat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan diri, kebiasaannya saya mempunyai masa dua hari sahaja untuk berehat selepas tamat satu penggambaran, dan kemudiaannya akan menyambung semula kerja. "Saya memang terlalu sibuk, namun itu rezeki dan saya tidak mampu untuk menolaknya. Memang saya terfikir untuk berehat dahulu, dan beri masa untuk diri saya, namun apabila tawaran datang, saya tidak sampai hati untuk menolak. "Sekarang ini terlalu banyak pelakon baru timbul, tapi orang masih menawarkan saya watak untuk drama-drama dan filem, mereka masih memberi peluang dan ruang untuk saya dan tidak manis jika saya menolak tawaran tersebut. "Tapi, saya tetap merancang untuk berehat dan membawa keluarga saya bercuti, kerana untuk tahun ini saya langsung tidak bercuti dimana-mana bersama keluarga, tidak kisahlah sama ada didalam ataupun diluar negara, yang penting kami dapat bercuti bersama,"jelas Fasha. Walaupun sibuk bekerja, Fasha tidak pernah mengabaikan perniagaan salunnya. Walaupun terpaksa meminta bantuan ibu untuk menjaga salun itu, Fasha tetap berhasrat mahu membuka cawangan baru sekiranya mempunyai modal yang cukup. "Sebab sibuk sekarang, mama terpaksa datang ke salun hari-hari. Saya susah nak percaya pada orang, jadi biarlah mama tolong jaga kedai itu sementara saya dilokasi penggambaran. "Saya ada juga merancang untuk membuka cawangan untuk salun ini, dan mengikut perancangan saya mahu membuka di Johor Bahru kerana permintaan disana lebih banyak. Namun, itu semua masih dalam angan-angan sahaja kerana ia bergantung pada rezeki, sekiranya ada rezeki yang lebih, saya akan kotakan angan-angan ini,"jelasnya. |
Saturday, June 18, 2011
Fasha Sandha Mahu Berehat Dari lakonan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: