Wednesday, April 20, 2011

Nestle perkenalkan MILO Sejuk



Penggemar Milo kini boleh menikmati produk terbaru keluaran Nestle Malaysia iaitu minuman MILO Sejuk di rumah.

:Pengarah Eksekutif Bahagian Perniagaan Kopi & Minuman Nestle Products Sdn Bhd, Don Howat berkata, produk terbaru itu di formulasi menggunakan resipi van bergerak Milo dan sasaran utamanya ialah golongan kanak-kanak berumur lingkungan enam hingga 14 tahun.

Menurutnya, ikon van Milo sentiasa menjadi simbol kelazatan Milo terutamanya minuman sejuk Milo yang berjaya memikat setiap generasi di negara ini selama lebih enam dekad.

“Bertahun lamanya, pelanggan kami selalu bertanya mengenai ‘rahsia’ keunikan rasa milo sejuk di van bergerak Milo.

“Kami mengambil perhatian terhadap perkara itu dan melakukan penyelidikan & pembangunan (R&D). Kini hasilnya, MILO Sejuk, hanya perlu di campur dengan air sejuk tanpa perlu meletakkan air batu,” katanya semasa pelancaran MILO Sejuk di Petaling Jaya, semalam.

Howat berkata, van Milo sangat sinonim dengan aktiviti sukan di negara ini dan menjadi simbol kesihatan serta kekeluargaan pada setiap generasi.

“Lebih enam dekad produk Milo dinikmati semasa sarapan pagi di negara ini. Kebanyakannya memulakan hari dengan secawan milo panas.

“Kini dengan memperkenalkan MILO Sejuk, kami ingin menggalakkan masyarakat di Malaysia terus menikmati kelazatan Milo semasa tengah hari dan petang dengan menyediakan segelas minuman MILO Sejuk yang mudah disediakan,” katanya.

Menurutnya, MILO Sejuk bukan sahaja mudah disediakan malahan kandungannya baik untuk kesihatan dan nutrisi serta mengandungi ProtoMalt dan Actigen-E berbanding minuman sejuk lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: