![]() |
| Ruang barang yang luas memudahkan beg atau barang-barang keperluan lain disusun dengan teratur. |
ADAKAH kenderaan dengan lima ruang duduk mencukupi? Kalau dikirakan, sepasang suami isteri, dua anak dan seorang pembantu rumah memang sudah mencukupi, tetapi bagaimana pula dengan barang-barang keperluan seperti kereta sorong bayi , beg pakaian dan sebagainya.
Walaupun kenderaan pelbagai guna (MPV) sebuah kenderaan yang mempunyai ruang luas bagi menampung penumpang yang ramai, perlu juga difikirkan tentang ruang untuk menempatkan barang-barang dengan teratur tanpa perlu bersesak.
Selain itu fikirkan juga aspek keselamatan dengan jumlah penumpang dan barangan yang banyak.
Bagi wanita bekerjaya yang juga ibu kepada tiga orang anak, Fairuz Hana Anuar, 35, dan suaminya, Shahrul Nizam Radzi, 35, sebuah kenderaan MPV harus mempunyai ciri-ciri tertentu dalam menjalankan rutin harian dengan sempurna.
"Mungkin ada yang bertanya jumlah ahli keluarga saya cuma lima orang dan kenapa saya memerlukan MPV dengan tujuh ruang duduk?
"Sememangnya MPV mempunyai kelebihan tersendiri. Apabila saya membeli MPV dengan tujuh ruang duduk ini, saya juga mengambil kira ruang bagi menyimpan barang keperluan dan ruang penumpang tambahan yang diperlukan apabila ibu bapa saya datang berkunjung.
"MPV yang saya miliki sekarang sangat senang disenggara apabila saya memerlukan ruangan untuk menyimpan barang.
"Saya cuma perlu menarik satu pelaras kerusi dan secara automatik, kerusi akan terlipat dan ke hadapan. Ini memberikan ruangan yang lebih selesa bagi penumpang memasuki tempat duduk di baris ketiga. Fleksibiliti ini juga dapat memberikan tempat yang luas bagi menyimpan barang-barang," katanya.
Selain itu, apabila ibu bapanya datang dia tidak perlu risau tentang baris ketiga di dalam MPV kerana ruang kaki tidak sempit dan mempunyai ruang lapang yang luas.
Justeru buatlah pilihan yang bijak dalam memilih sebuah MPV yang memenuhi keperluan hidup anda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: