Iqram dan Arja Lee (gambar kecil).
Bukan saja bersikap endah tak endah terhadap salam yang dihulurkan tetapi Iqram juga dikatakan sempat ‘buat muka’ ke arah Arja seolah-olah menyampah benar dengan pelakon itu.Menurut artikel itu lagi, selepas diselidik, Iqram bertindak demikian kerana iri hati apabila Arja berjaya mendapat watak utama filem arahan Khir Rahman walhal dia juga turut menghadiri sesi uji bakat itu. Tentunya tercalar ego Iqram apabila pelakon baru seperti Arja dipilih berbanding dirinya yang dirasakan lebih lama dalam bidang lakonan serta pernah membawakan watak yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton menerusi drama bersiri Ayoub.
Sambil menafikan dia berkelakuan begitu, Iqram menegaskan antara dia dan Arja tidak pernah bermusuhan sebagaimana yang didakwa. Malah sekecil zarah pun dia tidak pernah merasa cemburu dengan kejayaan Arja membawakan watak Ruby dalam ...Dalam Botol.
Menganggap perkara ini sebagai remeh dan tidak mahu ia diperbesarkan, Iqram meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada di antara mereka terasa dengan perbuatannya, sama ada sedar ataupun tidak serta mengharapkan perkara ini tidak terus diperkatakan kerana realitinya ia memang tidak pernah berlaku.
Hip: Iqram dikatakan bermusuhan dengan Arja apabila menyambut salam pelakon itu dengan sambil lewa serta sempat memberi jelingan tajam. Boleh ulas sikit?
Iqram: Saya ada terbaca cerita itu disiarkan dalam ruangan Jeling Kak Pora. Itupun selepas ibu saya bertanya perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku tidaklah seperti yang diceritakan di dalam ruangan itu. Memang Arja ada berjumpa dengan saya, tetapi ketika itu saya dan beberapa rakan lain sedang menari. Jadi ketika dia menghulurkan salam, saya sambut saja. Tapi tak adalah beriya-iya sangat kerana memang menjadi sifat saya bila saya sedang melakukan sesuatu tak kira ketika bekerja ataupun berhibur, saya memang fokus. Saya tak suka gangguan dan mungkin ada yang ternampak situasi itu berlaku. Jadi mereka membuat tanggapan yang saya seperti tidak mahu melayan Arja disebabkan cemburu apabila Arja mendapat tawaran berlakon dalam filem ...Dalam Botol, walhal perkara itu tidak ada kaitan sama sekali.
Hip: Tapi artikel itu mendakwa selepas diselidik, punca sebenar kejadian itu adalah disebabkan Iqram kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan watak Ruby.
Iqram: Bagaimana boleh keluar kenyataan seperti itu? Sebagai pelakon dan belajar mengenai seni lakon, saya faham makna uji bakat. Saya akui ada menghadiri sesi uji bakat itu tetapi kalau sudah namanya tiada rezeki, buat apa nak marah. Itu sudah menjadi rezekinya dan tak perlulah sampai nak bermasam muka. Pada saya perkara ini adalah sangat remeh dan tak perlu diperbesarkan. Bagaimanapun, pada anggapan saya, jika perkara ini tersebar pun, besar kemungkinan Arja sendiri yang membuat kesimpulan sedemikian. Bagi saya, Arja kawan lama saya dan kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jadi tak perlulah saya nak bersikap tidak matang seperti itu.
Hip: Saat membaca gosip itu, apa yang terlintas di fikiran Iqram?
Iqram: Bila saya baca saja ruangan itu, saya tergelak. Rasa kelakar apabila ada yang mengaitkan perkara itu dengan isu tak dapat berlakon filem ...Dalam Botol. Sejujurnya, selepas menghadiri sesi uji bakat itu, saya bertanya kepada ayah. Dia (ayah) terus mengatakan sebenarnya tidak suka saya membawakan watak sebegitu dan meminta saya supaya tidak berlakon dalam ... Dalam Botol kerana tidak mahu perkara itu mengheret saya dalam kontroversi. Bagaimanapun, sebagai pelakon, saya menyangkal tanggapan ayah atas alasan seorang pelakon perlu serba boleh dan boleh membawakan watak antagonis (jahat) dan protagonis (baik). Namun rezeki tidak berpihak kepada saya dan saya redha atas apa yang berlaku.
Hip: Apabila kutipan ...Dalam Botol tidak seperti yang diharapkan, apakah Iqram bersyukur kerana tidak membawakan watak Ruby?
Iqram: Ish! Saya tak adalah berfikiran sehingga ke situ. Kalau ditakdirkan saya berlakon dalam filem itu dan kutipan yang diterima tidak semeriah yang diharapkan, saya terima saja. Sebagai pelakon, saya teringin melakonkan watak yang benar-benar mencabar seperti watak Ruby. Ada beberapa pihak menghubungi saya dan minta mengulas filem itu tetapi biarlah apa saja komen mengenainya saya simpan untuk seorang saja.
Hip: Bagaimana Iqram melihat kualiti lakonan sendiri selepas enam tahun dalam industri?
Iqram: Alhamdulilah, selepas enam tahun bergiat cergas dalam bidang ini, saya terus mendapat kepercayaan membawakan pelbagai watak dan rezeki tidak putus. Kalau berehat pun hanya seminggu dan selepas itu terus sambung shooting. Apa yang boleh katakan, apabila berlakon saya menghayati watak itu betul-betul. Malah ada ketika saya terbawa-bawa sesuatu karakter sehingga di luar lokasi. Disebabkan itulah kalau bawa watak jahat, saya tak akan keluar rumah, lebih rela berkurung kerana tidak mahu kawan-kawan terasa kerana apa yang saya lakukan nanti, sama dengan watak yang dibawa dalam filem atau TV. Begitu juga kalau bawa watak orang baik, contohnya watak ustaz dalam drama bersiri Ayoub, saya tak keluar rumah dan tak pergi berhibur dengan kawan-kawan. Perkara itu berlaku bukan dibuat-buat tetapi semula jadi. Saya tak selesa jika masih dalam karakter ustaz tapi berkunjung ke pusat hiburan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: