Monday, April 25, 2011

Amir terselamat lagi, Alex ucap selamat tinggal

Walaupun kurang disukai penonton dan dijangka tersingkir, Amir membuktikan dirinya layak untuk meneruskan cabaran dalam program Maharaja Lawak musim keempat.

Lebih mengejutkan, Amir yang mendapat undian sebanyak 42 peratus langsung tidak tersenarai dalam kedudukan tiga tercorot.

Dalam persembahan minggu keempat lalu, Amir berjaya mendapat pujian daripada pengkritik tetap, Mamat Khalid.

Menurut Mamat, bekas peserta Raja Lawak musim ketiga itu seolah-olah ‘mempermainkan’ para juri apabila menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

“Kami merasakan Amir akan tersingkir minggu ini kerana dia naik ke pentas tanpa semangat daripada penonton.

“Namun, Amir berjaya memberikan persembahan terbaik buat dirinya yang boleh dikatakan telah meningkat 60 peratus,” katanya.

Sementara itu, minggu keempat menyaksikan peserta dari Sabah, Alex mengucapkan selamat tinggal setelah diumumkan tersingkir.

Alex yang berada dalam kedudukan tiga terbawah mendapat undian paling rendah iaitu 28 peratus, diikuti Jihan (29 peratus) dan Man (31 peratus).

Manakala, kumpulan Jozan, dianggotai Johan dan Zizan menguasai undi sebanyak 61 peratus sambil diikuti rapat juara Raja Lawak 2, Nabil (58 peratus), kumpulan Sepah (54 peratus), kumpulan Jambu (53 peratus) dan kumpulan Balas (45 peratus).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: