Monday, April 25, 2011

Karnival Bank Rakyat 2011 meriahkan lima lokasi




Bank Rakyat menyasarkan 200,000 pengunjung hadir ke Karnival Bank Rakyat 2011 di Melaka, Terengganu, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Bank Rakyat meneruskan penganjuran karnival itu bagi tahun keempat bermula di Dataran Pahlawan, Melaka pada 23 dan 24 April 2011 dengan tema Warnai Warisan.

Karnival itu dianjurkan bertujuan untuk membolehkan kakitangan Bank Rakyat turun padang mendekati masyarakat setempat.

Selepas Melaka, karnival diteruskan di Terengganu (27 & 28 Mei ), Kedah (24 & 25 Jun), Perak (29 & 30 Oktober) dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (3 & 4 Disember) dengan tema Alam, Seni dan Aktif.

Karnival Bank Rakyat 2011 mempunyai tarikannya tersendiri dengan mengekalkan konsep kekeluargaan dalam penganjuran aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak-kanak bersama Kelab Nuri, fotografi, maraton, sukaneka, permainan padang, sukan tradisi, mencipta layang-layang dan pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada usahawan berniaga dan memasarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan kepada pengunjung.

Para usahawan juga berpeluang menyertai sesi Business Matching yang dikelolakan oleh pihak bank dalam usaha memajukan bidang perniagaan dan koperasi serta meninjau peluang meningkatkan pengetahuan, kemahiran bagi menjana pendapatan ahli.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: