Saturday, December 11, 2010

Shila Amzah Duta Terbaru SAFI BALQIS Perfect 10

Kecantikannya semakin mekar dengan haruman semerbak Puteri Balqis. Kejelitaan sejati dan suci impian setiap wanita Muslim selaras dengan tuntutan Islam. Diinspirasikan daripada Puteri Balqis pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s, Safi Balqis, produk kecantikan halal utama di dunia kini muncul dengan produk terbaru SAFI BALQIS - Perfect 10.

Memahami kehendak wanita kini, Safi muncul dengan formulasi Perfect 10 dengan 10 manfaat untuk kulit halus dan cerah berseri dalam masa dua minggu. Kini tiada lagi kulit kusam dan tidak sekata. Inilah yang dikata sebagai generasi keempat produk Safi Balqis.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk UNZA (M) Sdn Bhd, Mahsuri Sulaiman, produk terbaru ini dikaji dan dihasilkan sesuai dengan permintaan wanita masa kini. Selaras dengan kemajuan teknologi formulasi Nano Biowhite, Safi berbesar hati memperkenalkan duta terbaru yang bakal memberi inspirasi kepada gadis di luar sana.

"Produk terbaru ini membantu memberi tindak balas kepada kecantikan dan tahap keyakinan wanita. Dan untuk memastikan generasi keempat produk Safi Balqis terus menerajui pasaran produk pencerahan kulit, kami tampilkan Shila Amzah sebagai duta terbaru.

"Kami tetapkan kriteria yang tinggi terhadap pemilihan duta yang bakal membawa Safi ke peringkat teratas. Shila Amzah dilihat calon terbaik berdasarkan kepada karisma yang ada pada dirinya. Tiada gosip liar dan sentiasa dedikasi terhadap karier yang dibina sejak kecil. Karisma, keazaman dan bakat yang ada adalah faktor utama mengapa Shila dilantik," katanya.

Perlantikan sebagai duta produk kecantikan baginya adalah transisi baru kepada perubahan untuk imej yang lebih matang. Bagi Shila, Safi Balqis merupakan platform perubahan yang membantu sisi kewanitaannya. Tambahan pula, peluang yang datang ketika itu secara kebetulan menandakan detik penting dalam hidupnya.

"Shila terima sebab formula baru yang Safi perkenalkan, Perfect 10. Kebetulan angka 10 juga adalah tahun ke-10 Shila terbabit dalam bidang seni dan 10 juga adalah ulangtahun Safi Balqis UV White di pasaran. Itu membuatkan Shila semakin tertarik untuk menerimanya. Lagipun sebagai artis, Shila perlukan produk kecantikan yang sesuai dengan muka lebih-lebih lagi apabila kerap menggunakan mekap.



"Sebenarnya Shila tak sangka akan terpilih sebab Safi mula menghubungi Shila sekitar 2008 dan tiada khabar berita selepas itu. Namun rupanya mereka menunggu kontrak bersama Dynaz tamat dan terus tawarkan Shila sebagai duta terbaru.

"Tak dinafikan Shila nampak matang apabila dikaitkan sebagai duta Safi. Namun sebenarnya selama ini Shila mencari-cari tranformasi untuk beralih daripada zaman remaja ke arah kewanitaan. Dan pembabitan dengan Safi merupakan masa yang terbaik untuk perubahan imej wanita yang lebih matang," ujar Shila yang mengikat kontrak dua tahun bersama Safi Balqis.



Di sini ManggaOnline sertakan bersama 10 manfaat produk Safi Balqis Perfect 10 yang boleh didapati sekitar harga RM6.50 hingga RM25.90 :

1. Memudarkan pigmentasi
2. Menyamaratakan tona kulit
3. Melindungi dari sinar UV
4. Mencerahkan kulit
5. Melindungi dari radikal bebas
6. Meningkatkan keelastikan kulit
7. Menghidratkan kulit
8. Mengekalkan lembapan
9. Menghaluskan kulit
10. Melembutkan kulit

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: