Thursday, November 4, 2010

Ramai tidak sabar tonton Hawaii Five-O


Antara pelakon drama bersiri Hawaii Five-O versi baru yang ditayangkan di rangkaian CBS sejak September lalu.


LOS ANGELES 3 Nov. - Awas penjenayah-penjenayah yang beroperasi di pantai Hawaii, kerana pasukan khas jenayah elit Hawaii Five-0, kini sudah kembali.

Rancangan drama bersiri versi baru yang ditayangkan di rangkaian CBS sejak September lalu itu, turut menjadi topik utama di enjin carian Yahoo!.

Carian tentang versi baru Hawaii Five-0 dilapor mencatat peningkatan sehingga 500 peratus pada minggu lalu.

Antara kata kunci yang digunakan di dalam enjin carian adalah 'karakter-karakter Hawaii Five-0', 'belakang tabir Hawaii Five-0' dan 'siri baru Hawaii Five-0'.

Rancangan tersebut merupakan terbitan semula siri asal yang disiarkan 42 tahun lalu iaitu pada 1968. Versi baru rancangan itu kali ini turut mengekalkan lagu tema dan ungkapan menarik 'Book 'em, Danno'.

Pelakon yang memainkan watak Danno dalam siri asalnya, James MacArthur, meninggal dunia minggu lepas, sekali gus menjadi satu lagi topik berkaitan Hawaii Five-0 yang dicari pengguna Internet di enjin carian.

Antara kata kunci yang digunakan adalah 'james macarthur hawaii 5 0', 'aktor james macarthur' dan 'biografi james macarthur'.

Walaupun Hawaii Five-0 2010 adalah pembikinan semula versi lama, ia turut menawarkan pelbagai perkara baru dengan barisan pelakon seperti Alex O'Loughlin, Scott Caan, Daniel Dae Kim, Grace Park dan Taryn Manning.

Di Malaysia, tayangan perdana rancangan bersiri itu boleh disaksikan pada 14 November ini di saluran AXN.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: