SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.
Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.
Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.
Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
hem..pe nak jadik la nih....buek malu orang islam jek! hampeh!!
ReplyDeleteYang bagus nya kita join club asteria dah tentu dapat bonus setiap mggu $400
ReplyDeletehttp://club-asteria.com/member/register?refid=136835
Bodoh punya jantan..tengok muka rasa cam nak bagi tapak kaki je...cmne la boleh lepas...tapi lepas kt dunia la..balasan Allah belum tentu lepas lagi
ReplyDelete