Thursday, November 4, 2010

Yusry hanya kawan biasa


YUSRY ABDUL HALIM


KETIKA dihubungi Hits baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan Maya Karin tentang kononnya kini dia menjalinkan hubungan cinta dengan duda popular, Yusry Abdul Halim, dia hanya ketawa kecil.

Tidak melatah sebaliknya Maya bersedia memberikan jawapannya tentang gosip tersebut yang disifatkannya sebagai sesuatu yang cukup melucukan.

"Saya dengan Yusry sudah lama berkawan iaitu hampir tujuh tahun. Saya rasa tidak salah untuk kami keluar makan mahupun menonton wayang bersama-sama. Adakah itu bermakna kami bercinta?

"Jujurnya, hubungan saya dan Yusry tidak lebih daripada seorang sahabat. Memang kami tiada apa-apa hubungan cinta. Kadang-kadang saya rasa pelik mengapa sejak saya kembali solo, ramai pula lelaki yang dikaitkan dengan saya," jawab Maya sambil berseloroh.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama Maya dikaitkan dengan Yusry dan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta seperti mana yang tersiar di sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan Kumpulan Utusan).

Gosip itu mengatakan mereka berdua kerap keluar bersama dalam keadaan yang cukup romantis dan berpegangan tangan.

Namun pun begitu, Maya dengan pantas menangkis dakwaan tersebut sambil mengatakan ia tidak benar sama sekali.

"Kalau kami keluar pun, ia hanyalah hubungan antara kawan. Tidaklah sampai berpegangan tangan. Semua itu tidak betul kerana ia tidak pernah berlaku," ujarnya dalam nada penuh berhemah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: