Sunday, November 28, 2010

Emma Watson Mahu Bersara?

PELAKON Emma Watson, 20, (gambar) dikhabarkan mahu bersara daripada dunia lakonan berikutan merasai kehilangan.

Dia pernah berlakon dalam tujuh hingga lapan buah filem termasuk Harry Potter dan Deathly Hallows 1 dan 2.

Menerusi program TV berjudul Daybreak, Emma berkata: “Saya akan mengatakan sesuatu yang menyedihkan. Mengetahui sesuatu yang datang daripada saya- Ia berasa sangat aneh untuk dirasai apabila awak bersara pada usia 20 tahun.

"Saya telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlakon dan berharap bahagian kedua dalam hidup saya menjadi suatu yang luar biasa seperti yang sebelum ini.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: