BARU-BARU ini saya telah pergi menonton filem 2 Alam. Pada pendapat saya, jangankan pecah panggung RM 40 juta malahan RM 10 juta pun belum tentu boleh dapat. Kebanyakan pelakon yang digunakan tidak terkenal dan mutu lakonan yang kurang memuaskan.
Selain itu, filem ini juga tidak ada motif tertentu dan tidak ada jalan cerita yang teratur selain tiada langsung unsur suspens seperti yang dihebahkan di surat khabar.
Filem ini juga banyak ulang babak yang sama dalam waktu yang agak lama. Poster filem ini juga sepatutnya diletakkan muka para pelakon bukannya muka penerbit filem. Nasihat saya, tidak perlulah ambil pelakon Hollywood seperti Pamela Anderson kalau ceritanya tidak menarik tetap tak berguna juga.
Kadangkala angan kita terlalu tinggi, setinggi langit biru. Bukan tak boleh sampai ke sana setidak-tidaknya cermin diri kita dulu sebelum pukul canang tak kena tempat. Jangan nanti orang kata mat jenin sudahlah.
PENONTON ADA OTAK,
Kuala Lumpur.
dr romzey, aku nak tuntut duit balik kerana menipu buat filem tak berkualiti lagi haram tak guna aje lebih!
ReplyDeletenasib baik tak tengok..
ReplyDeletemeluat aku tgk mke dia nih..paper pnuh ngan muke tmberang dia jer..
ReplyDeletetak boleh blah tengok muka mat jenin ni...apa kata dia minum produk dia supaya rambut jadi kemas dulu...pastu kot kot otak dia ada akal cket..muntah aku bueekk !!
ReplyDeleteApa pulak RM10 juta..RM400 ribu pun tak tentu lagi..tapi aku rasa untuk menghilagkan aib.. aku syorkan Dr. rozmi akan mengambil pinjaman bank sebanyak RM50 juta untuk membeli tiket tiket.. dan ini pastinya akan memecahkan rekod segala rekod..
ReplyDeletetak paham betul la korang ni. orang ada azam, korang kutuk. dr. rozmey tu canangkan azam dia nak capai 40 juta, dan dia berusaha ke arah itu (promosi & iklan). bidang lakonan, directing, casting bukan bidang dia, terpaksa dia serahkan pada orang lain. kalau x sampai 40 juta, bukan rezeki la namanya.
ReplyDeleteIni kali pertama dalam sejarah malaysia penerbit disalahkan bila filem tak memuaskan, patutnya korang salahkan pelakon@pengarah.
citer 2 alam dh basi....standart drama tv..
ReplyDeleteklu nk tengok filem yg compem cecah 40 juta, meh kita tgok filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...tunggu dan lihat....
asslamualaikun ...bagus la dia nk buat pecah panggung dah dia penerbit dia nk buat untung tapi pengarah dia tak pandai olah cerita dengan baik n than dia kalu dia berlagak pun tak payah la kutuk2 dia aku korang menyampah kat dia kan yelah umpama kain putih yang setitik dakwat hitam so yang hitam tu la org nampak tapi yang banyk2 putih tu lansung tak nampak so jangan la mengata org yang penting kita kena lawan nafsu kta dlu ingat musuh utama kita yang utama adalah melawan nafsu dan godaan dr syaitan.....ok assalamualaikun.
ReplyDeletesebenarnya promosi yang di lakukan adalah produk dia, bukan cerita di panggung wayang, negatif atau positif feedback produk dia yang dapat untung.
ReplyDelete